Tuesday, April 14, 2009

~ Mencuba Untuk Hamil? 5 Perubahan Besar Yang Perlu Dibuat Pada Diet Anda ~

Petikan dari Forum AlamHamil

Perbaiki diet anda

Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana kesuburan berkait rapat dengan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi lebih kalsium seperti yogurt dan susu. bagi kaum lelaki, amalkan memakan vitamin seperti Vitamin C dan E, Zinc, asid folik penting untuk pengeluaran sperma yang sihat. Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kedatangan haid dan menyebabkan sukar untuk kita meneka bilakah masa subur.

Ambillah vitamin tambahan

Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah. Mengambil vitamin tambahan akan memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meninggikan peluang untuk hamil dan mendapat anak yang sihat.
Pastikan anda cuma mengambil vitamin yang disarankan oleh wanita hamil dan pada dos yang tertentu sahaja kerana memakan vitamin yang terlalu berlebihan mungkin akan memberi kesan sampingan kepada bayi yang sedang membesar. Sebagai contohnya terlalu banyak vitamin A adalah toksik kepada perkembangan janin. Berbincanglah dengan doktor pakar untuk maklumat yang tepat tentang ubat yang sesuai untuk anda.


Makanlah asid folik sekurang-kuranya 4 mg sehari

Vitamin ini telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida dan telah dikaitkan dengan kurangnya risiko untuk mendapat sakit jantung, kanser dan kencing manis. Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai kecacatan saraf, anda disarankan mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi dan hendaklah diambil satu bulan sebelum anda merancang untuk hamil, dan sekiranya anda telah hamil, teruskan memakannya sehinggalah kandungan sekurang-kurangnya 3 bulan.

Pilihlah ubat multivitamin yang mempunyai cukup dos untuk asid folik dan makanlah sayuran yang kaya dengan folik seperti tumbuhan hijau, buah-buahan yang banyak mengandungi jus, bijirin dan roti yang mempunyai folik.


Hindarkan tabiat buruk

Jangan meminum alkohol, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi cafin. Hentikan terus ubat-ubatan herbal atau traditional yang anda makan sekarang dan pastikan anda cuma memakan ubat yang disarankan oleh doktor, yang telah dipastikan selamat untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga, jauhi dari rokok atau mereka yang merokok kerana ia boleh memberi kesan terhadap kandungan anda.

Dapatkan berat badan yang ideal

Mengurangkan sikit berat badan anda (atau menambahkan sikit berat badan sekiranya anda s eorang yang terlalu kurus) sebelum mencuba untuk hamil adalah disarankan sekiranya anda mahukan kandungan yang tidak bermasalah. Terlalu gemuk atau kurus boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Lagipun, wanita yang mengalami berat berlebihan mempunyai lebih komplikasi semasa hamil dan mereka yang terlalu kurus pula boleh mendapat bayi yang kecil atau kelahiran pra-matang.

Rancanglah pemakanan yang baik yang mempunyai kurang lemak, yang banyak serat. Amalkan banyak senaman dan cuba untuk kurangkan berat setengah kilogram satu minggu dan jangan terlalu keterlaluan untuk mengurangkan berat badan anda kerana anda mungkin akan kehilangan nutrisi dari badan anda. Sesuatu yang anda patut elakkan semasa mencuba untuk mengandung.

Petikan dari Forum AlamHamil

Salah satu forum yang mama suka...mama dah lama register forum ni...tapi...mama baru join balik...mlm tadi kul 1 pagi baru tido...mama dok leka baca forum ni...cukup memberi info yang berguna...

Monday, March 23, 2009

~ Teringin Tukar Template ~

Mama teringin nak tukar template...tapi risau je....kot ada yang termiss...n hilang..hiks..haru je kan....(padahal tak berapa nak reti)....

Ni pilihan mama....mana satu eh yang cantik.....



Ni pilihan pertama....lawa gak kan..nampak kemas n luas....n sejuk mata memandang



Yang ni pun lawa...blue colour....cool je..



Ni pun lawa...


ni pun...dah rambang mata lak...

Friday, October 26, 2007

Erra Dah Selamat Kawin...Alhamdulillah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Apapun diucapkan Selamat Pengantin Baru....semoga kekal ke akhir hayat...
Cepat-cepat dapat baby...Erra tu tak sabar nak ada baby tuh...

Thursday, October 25, 2007

Tips...Membersihkan Hati...

Tujuh Tips Membersihkan Hati

Bagaimana kita nak membersihkan hati dan mengurangkan sikap-sikap negatif step-by-step? Ikuti 7 tips di bawah ni :

Beribadat dengan benar, seikhlas hati
Berakhlak baik
Menimba ilmu tanpa henti
Bekerja keras cara bijak
Bersederhana dalam hidup
Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
Dari pengalaman sendiri, saya "up" lagi dua tips :

Pertama, maafkan orang lain sebelum tidur, ikhlaskan hati dan lupakan kesalahan orang lain yang pernah menyakitkan hati Anda. Dengan ini, dapat mencuci hati dan membentuk diri kita menjadi orang yang berfikiran positif.

Selagi tak melatih diri untuk memberi kemaafan, selagi tu Anda akan berfikiran negatif dan turut menarik segala situasi negatif supaya muncul dalam hidup kita. Kuasa minda tak mengenal negatif dan positif, janji ia dah bersarang dalam minda Anda, itulah yang akan ditariknya.

Kedua, sentiasa panjatkan rasa syukur atas apa yang kita ada sekarang ni, fizikal kita, harta benda milik kita, kerjaya kita (termasuk gaji kita!) dan keluarga kita. Dalam surah Ibrahim ayat ke 7, Allah berfirman bahawa lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak juga nikmat yang akan ditambahkan ke dalam hidup Anda.

Maka, amat rugi bagi sesiapa yang jarang bersyukur!

Monday, October 1, 2007

MAJLIS KHATAM QURAN...RAMADHAN 1428

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ini cenderahati yang aku dapat untuk majlis Khatam Al-Quran...Ramadhan 1428...alhamdulillah majlisnya pun dah selesai..dikhatamkan oleh Ustaz Amaluddin (Rabbani)...bukan cenderahati yang aku pentingkan...tapi keberkatan tadarus di bulan yang mulia ini...alhamdulillah..tahun lepas aku join..dah tahun ni pun alhamdulillah panjang umur...ada kesempatan masa...aku cuba untuk mengambil peluang keberkatan bulan yang mulia ini...seperti kata Ustaz Amaluddin tu tadi...cahaya yang menerangi orang-orang yang bertadarus...sungguh indah...sungguh mulia...dan pahalanya cukup berganda-ganda...disamping di bulan mulia ni ada setengah orang...menganggap bulan ramadhan bulan berpesta makanan...yang penting makanan...tapi amalannya hanyala sedikit...orang kata...seronok lihat bazaar ramadhan...nak beli itu ini...tapi kita tak fikirkan..apakah amalan yang kita buat di bulan yang mulia ini...cuba bersihkan hati...hindarkan hasad dan dengki...buangkan dendam kesumat...itu yang penting di bulan ramadhan...terlalu banyak keberkatannya...orang kata tepuk dada tanya selera...wallahualam...

Friday, September 28, 2007

Sedikit Pasal Aku...

Alhamdulillah...hari ni setakat hari ni..aku belum tinggal puasa..teringat berpuasa masa aku pregnantkan Aqilah last year...alhamdulllah aku memang tak de alahan...sebab tu member aku cakap...klu aku pregnant tak de alahan segar bugar cam ko...aku nak pegnant tetiap tahun...dapat 4 stop...sebab umur dah 30 lebih..tapi memang betul pun...klu difikirkan umur memang dah agak lewat..orang kata...paling ramai pun 3 atau 4 orang je..itu pun klu pregnant 2 tahun sekali....klu tak...2 jek la kot...tapi apa pun..aku bersyukur..dah dapat sorang ni pun..dah cukup alhamdulillah..tuhan makbulkan doa aku untuk menjadi seorang wanita yang sempurna...sebagai seorang isteri..dan sebagai seorang ibu...aku rasa kehidupan alam rumahtangga aku...dah cukup lengkap...alhamdulillah... Ada seorang anak insyaallah akan datang...2 atau 3 orang lagi...yang akan mendoakan untuk aku dan Yon di akhirat kelak...insyaallah aku akan berusaha mendidik anak-anak aku dan Yon menjadi anak yang bijak..pandai...dan menjadi anak yang soleh dan solehah...aku cukup bangga dengan mak aku...yang berjaya mendidik aku...walaupun tak berjaya jadi cerdik pandai...tapi berjaya menjadikan aku dan akak aku sebagai anak yang baik...yang taat...yang punya perasaan kasih dan sayang ...yang hormat pada orang tua...itu dah cukup...

Aku dan akak aku bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang..atau kaya...cuma dalam keluarga yang sederhana...tapi mak aku...berjaya mendidik aku dengan sopan..dengan penuh tatasusila..dengan penuh kasih sayang...ikhlas aku kata...sedari kecil..aku tak pernah dengar dalam keluarga mengeluarkan kata-kata tak elok...atau kata-kata yang memang tak sedap didengar...aku tak pernah dengar mak aku atau ahli keluarga aku memaki hamun orang...memang aku tak pernah dengar..dan mak aku juga tak pernah sekali pun mengeluarkan perkataan yang tak elok...dan secara sendirinya aku ngan akak aku...memang tak pernah mengeluarkan perkataan yang kurang enak didengar...seumur hidup aku dah 32 tahun...alhamdulillah...walaupun dalam keadaan marah macamana sekalipun....bukan aku la klu mengeluarkan perkataan memaki hamun atau mendoakan ketidaksejahteraan orang lain...aku cukup bersyukur...kita sebagai manusia memang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan..bukan saje orang lain..tapi aku jugak. Tapi aku jenis cepat memaafkan orang lain...aku tak suka berdendam...kerana dendam aku percaya boleh memakan diri sendiri...kerana dendam hidup kita tak keruan...kerana dendam juga kita akan rasa geram..akan rasa..benci..akan rasa menyampah...alhamdulillah aku bukan jenis yang suka berdendam...aku cepat memaafkan kesilapan orang lain...kerana aku tahu...kemaafan itu dendam yang terindah...

Thursday, September 27, 2007

Weekend Di Rumah MIL...Huhuuhuuu...

Insyaallah esok petang...Yon ajak balik Sepang...maybe tido semalam kat umah MIL...yerla...dah lama tak tido sana sejak bersalinkan Aqilah..sian gak ngan mak abah mertua aku...Isnin aku kena cuti coz my mom cuti balik kg...sapa nak jaga si tomei tu...so aku kena cuti...tapi Yon keje..so..tak lehla nak tido lama umah MIL..ahad petang dah kena balik KL.. Raya ni dah discus...balik kg aku...yeeehuuuu.... acara pujuk memujuk tak perlu..coz Yon dengan sendirinya angkat tangan menyerah diri...muahahahahha...aku tahu maybe dia seronok balik kg aku...coz ada suasana kg...kat kg dia...tak de suasana kg..umah dalam taman mana ada rasa suasana kg...apapun..aku act dah ready dari segi mental dan fizikal nak beraya umah Ibu Mertua Ku iteeewww...tapi tetiba ada orang menyerah kalah..alhamdulillah...huhuhuhuu...tak per la abang..next year insyaallah kita beraya di rumah abang pulak ye...sayang akan ikut abang beraya di rumah Ibu MertuaKu iteewww ye...Aqilah pun sama kan Qilah kan...Qilah ikut mama beraya umah nenek next year eh...tapi itu citer next year la....apapun..kita enjoy dulu raya kat pahang ye Qilah...mama nak buat lemang..nak makan lemang ngan rendang ayam...hari tu dah try buat rendang ayam tua...sedapnyee...act aku tak tahu yang ayam tua tu sedap bila dibuat rendang...sebelum ni aku tak pernah pandang pun ayam tua kat pasar...sekali mak aku beli...buat rendang...sedapnyeeee....yummy...daging dia kenyal...cam ayam kg plak...memang sedap....! tapi raya kedua dah bersiap nak balik sepang insyallah...dan raya ketiga balik plak Temerloh...itu plan Yon...diubah disaat akhir...aku tak tahu...