Friday, October 26, 2007

Erra Dah Selamat Kawin...Alhamdulillah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Apapun diucapkan Selamat Pengantin Baru....semoga kekal ke akhir hayat...
Cepat-cepat dapat baby...Erra tu tak sabar nak ada baby tuh...

Thursday, October 25, 2007

Tips...Membersihkan Hati...

Tujuh Tips Membersihkan Hati

Bagaimana kita nak membersihkan hati dan mengurangkan sikap-sikap negatif step-by-step? Ikuti 7 tips di bawah ni :

Beribadat dengan benar, seikhlas hati
Berakhlak baik
Menimba ilmu tanpa henti
Bekerja keras cara bijak
Bersederhana dalam hidup
Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
Dari pengalaman sendiri, saya "up" lagi dua tips :

Pertama, maafkan orang lain sebelum tidur, ikhlaskan hati dan lupakan kesalahan orang lain yang pernah menyakitkan hati Anda. Dengan ini, dapat mencuci hati dan membentuk diri kita menjadi orang yang berfikiran positif.

Selagi tak melatih diri untuk memberi kemaafan, selagi tu Anda akan berfikiran negatif dan turut menarik segala situasi negatif supaya muncul dalam hidup kita. Kuasa minda tak mengenal negatif dan positif, janji ia dah bersarang dalam minda Anda, itulah yang akan ditariknya.

Kedua, sentiasa panjatkan rasa syukur atas apa yang kita ada sekarang ni, fizikal kita, harta benda milik kita, kerjaya kita (termasuk gaji kita!) dan keluarga kita. Dalam surah Ibrahim ayat ke 7, Allah berfirman bahawa lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak juga nikmat yang akan ditambahkan ke dalam hidup Anda.

Maka, amat rugi bagi sesiapa yang jarang bersyukur!

Monday, October 1, 2007

MAJLIS KHATAM QURAN...RAMADHAN 1428

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ini cenderahati yang aku dapat untuk majlis Khatam Al-Quran...Ramadhan 1428...alhamdulillah majlisnya pun dah selesai..dikhatamkan oleh Ustaz Amaluddin (Rabbani)...bukan cenderahati yang aku pentingkan...tapi keberkatan tadarus di bulan yang mulia ini...alhamdulillah..tahun lepas aku join..dah tahun ni pun alhamdulillah panjang umur...ada kesempatan masa...aku cuba untuk mengambil peluang keberkatan bulan yang mulia ini...seperti kata Ustaz Amaluddin tu tadi...cahaya yang menerangi orang-orang yang bertadarus...sungguh indah...sungguh mulia...dan pahalanya cukup berganda-ganda...disamping di bulan mulia ni ada setengah orang...menganggap bulan ramadhan bulan berpesta makanan...yang penting makanan...tapi amalannya hanyala sedikit...orang kata...seronok lihat bazaar ramadhan...nak beli itu ini...tapi kita tak fikirkan..apakah amalan yang kita buat di bulan yang mulia ini...cuba bersihkan hati...hindarkan hasad dan dengki...buangkan dendam kesumat...itu yang penting di bulan ramadhan...terlalu banyak keberkatannya...orang kata tepuk dada tanya selera...wallahualam...